Thursday, December 18, 2008

Perginya Permata Dunia Seni Negara



Salam takziah pada keluarga Allahyarham Nasir P Ramlee....!!!


Allahyarham merupakan anak hasil perkongsian hidup Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan isterinya yg pertama, Junaidah Daeng Haris. Allahyarham meninggal pada jam 5.10 petang semalam pada usia 55 tahun akibat dari komplikasi jantung dan kencing manis.


Allahyarham dilahirkan pada 22 November 1953 di Kota Singapura. Beliau yang mana bakat seninya dikesan oleh seorang pengarah tersohor di Studio Jalan Ampas, Allahyarham S. Kadarisman ketika berusia awal 20'an. semasa berkecimpung dalam arena seni, Allahyarham pernah berlakon didalam beberapa filem seperti Pancaindera, Harimau Berantai, Anak Bapak dan Bujang Lapuk Kembali Daa. Selain dari berlakon, dalam tahun 1983 hingga 1986, Allahyarham juga turut pernah menghasilkan lagu untuk beberapa buah filem seperti Bujang Lapuk Kembali Daa, Pagar-Pagar Cinta dan Manis-Manis Sayang. Allahyarham juga pernah bertugas sebagai music director di Istana budaya sejak tahun 2001.


Allahyarham turut meninggalkan 2 orang balu dan 7 orang anak, hasil perkongsian hidup bersam 3 orang isteri. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Al-Fatihah.

No comments: