Monday, December 22, 2008

MAMMA MIA - an evergreen memory...


Dancing Queen, I Have a Dream, Voulez-Vous, dan Take a Chance on Me.....antara lagu-lagu hits evergreen dari kumpulan pop terkenal Sweden era 70'an, ABBA. Nama kumpulan ini diasaskan dari huruf-huruf awal ahli-ahli kumpulan ini iaitu Agnetha, Björn, Benny, Anni-Frid.
Selain itu, satu lagi hasil seni kumpulan ini yang telah berjaya hingga ke hari ini iaitu lagu Mamma Mia telah berjaya mencetuskan satu lagi fenomena dunia dimana negara kita sendiri turut merasakan kehangatannya iaitu pementasan teater musikal MAMMA MIA! yang kini sedang ditayangkan di Istana Budaya.
Sejak diperkenalkan pada 1999, Mamma Mia! yang mencatat sebagai pementasan terlaris dalam sejarah muzikal London West End sudah menjelajah 25 negara, bahkan setiap malam persembahannya disaksikan lebih 18,000 penonton.
Penerbit International Tour Mamma Mia!, Nick Grace berkata, kekuatan pementasan yang sudah disaksikan lebih 30 juta penonton seluruh dunia itu didorong oleh persembahan temanya yang sejagat. “Paparan hubungan antara ibu dan anak yang mencari bapa kandung dengan mengundang tiga lelaki yang pernah bertakhta dalam hati ibunya pada hari perkahwinannya mendekatkan khalayak dengan pementasan ini. “Biar merentas pelbagai generasi dan era, hakikat yang tidak mungkin dinafikan adalah hubungan kasih sayang antara ibu dan anak tetap berkekalan sekali pun dirintangi pelbagai cabaran,” katanya. Diperkuatkan dengan barisan pelakon berpengalaman, bahkan kumpulan produksi yang sama sudah menjelajah bersama sejak empat tahun lalu justeru, kemantapan persembahan mereka di pentas tidak perlu diragui lagi.
“Kami cuma mahu berkongsi sebuah persembahan yang hebat dengan khalayak di negara ini. Mamma Mia! memenuhi segala elemen yang dicari dalam sebuah pementasan bermutu, diperkuatkan lagi dengan lagu klasik popular yang membuat penonton tidak senang duduk di kerusi mereka dan mahu menari bersama,” kata Nick lagi.
Malah, keterujaan khalayak tempatan untuk tidak melepaskan pementasan Mamma Mia! membuatkan penganjur menambah empat lagi persembahan iaitu pada 2, 3 dan 4 Januari depan.
Siapa yang mampu melupakan populariti lagu hebat Abba seperti Dancing Queen; I Have A Dream; Money, Money, Money; Honey, Honey, Knowing Me, Knowing You dan Thank You For The Music yang menjadi nadi serta penggerak penting pementasan ini?


PETIKAN ARTIKEL : Berita Harian

1 comment:

along said...

jangan ujang jadi evergreen dah la....