Tuesday, December 23, 2008

PENGORBANAN RAKYAT MELAYU



‘SUDAH terang lagi bersuluh’ adalah peribahasa sesuai untuk mengungkapkan betapa jelasnya sejarah bangsa Melayu yang sudah melebihi 1,400 tahun, sezaman dengan ras yang tinggal di bahagian utara Asia. Bangsa Melayu di Nusantara boleh dikenali dari perspektif geografi, sejarah, politik dan budaya, bahasa dan agama (Islam). Banyak sumber sejarah yang boleh berdiri sebagai hujah.
Sekadar contoh, sumber China menyebut sejak 645M sudah wujud sebuah kerajaan terletak di daerah kota Jambi yang dikenali Mo-lo-yue. Demikian juga catatan awal pelayar atau pengembara asing seperti I-Ching pernah mencatatkan bahawa di Tanah Melayu wujud beberapa kerajaan awal seperti Pan-pan, Chih-tu, Tun Sun dan Lang-ya hsia (Paul Wheatly, 1961).
Kajian arkeologi pula membuktikan wujudnya kerajaan Kedah Tua di kawasan Lembah Bujang, kerajaan Gangga Negara, kerajaan Beruas dan beberapa kerajaan lain di Tanah Melayu. Karya Agung Melayu, kitab Sulatus Salatin oleh Tun Seri Lanang membuktikan kehebatan bangsa Melayu dalam membangun tamadunnya.
Pemikiran ketamadunan yang dibangunkan dalam kitab ini menggambarkan elemen pemikiran sains dan teknologi terserlah dalam tamadun Melayu. Ia dapat difahami daripada ungkapan ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ (Sulatus Salatin, edisi pelajar, DBP 2000). Demikian juga istilah ‘utus’ yang diguna dalam kitab berkenaan, antara lain bermaksud mahir dalam pekerjaan tangan (Kamus Dewan, edisi keempat, 2007).
Menurut Kamus Dewan, ‘pesawat’ bermaksud alat perkakas, jentera, mesin alat (tali, rantai, bahagian jentera) yang menggerakkan enjin. Oleh itu, ‘peti kaca berkunci berpesawat dari dalam’ menggambarkan ciptaan sebuah kapal yang boleh bergerak di dalam air seperti kapal selam pada zaman moden ini. Ini bermakna orang Melayu ketika itu sudah memiliki kepandaian mencipta berasaskan sains dan teknologi.
Bangsa Melayu memiliki kebijaksanaan mentadbir kerajaan dan mengurus perdagangan. Sebagai bangsa yang dekat dengan dunia laut, mereka berinteraksi dengan pedagang dari pelbagai negara seperti Parsi, China, Arab dan juga Eropah. Interaksi global ini membentuk minda dan jiwa bangsa Melayu yang luas serta bersikap terbuka. Ketika itu, China masih mengamalkan dasar pintu tertutup yang keras terhadap dunia luar.
Bangsa Melayu sentiasa bertolak-ansur sehinggakan terlalu tingginya semangat toleransi ini menyebabkan banyak yang mereka miliki diberikan kepada orang lain. Begitu pemurahnya bangsa Melayu, namun bangsa bukan Melayu yang menerima kemurahan hati Melayu ini sering bersikap seperti ‘Belanda diberi tanah’ atau seperti kata peribahasa Melayu ‘diberi betis hendak peha’.
Salah satu pengorbanan orang Melayu yang tidak ternilai ialah kesediaannya memberi kerakyatan kepada kaum bukan Melayu menjelang kemerdekaan negara. Ketika negara mencapai kemerdekaan, kira-kira 800,000 orang bukan Melayu diterima menjadi warga negara. Masyarakat Ceylon turut mendapat kelonggaran kerakyatan.
Daripada jumlah bukan Melayu yang menerima taraf kerakyatan inilah akhirnya berkembang menerusi zuriat mereka yang kini menjadi generasi kedua dan ketiga di negara ini. Perlu diingat, pada awal 1940-an wujud perselisihan di kalangan pegawai British mengenai ‘common citizenship’ yang ingin diberikan kepada orang bukan Melayu.
Setiausaha Negara bagi Wilayah Jajahan, OFG Stanley menerusi suratnya kepada Lord Louis Mountbatten bertarikh 13 Jun 1944 menganggap ‘common citizenship’ untuk kaum bukan Melayu sebagai tidak menghiraukan perasaan orang Melayu. Lord Louis Mountbatten adalah pegawai Britain yang menyokong konsep ‘common citenzenship’.
Stanley berpendapat jumlah kaum Cina dan India yang ada ketika itu memungkinkan mereka menuntut sesuatu yang istimewa untuk mereka dalam Perlembagaan yang akan dibentuk kelak. Pada awal kemasukan imigran Cina, mereka bertumpu di negeri-negeri Selat, namun dari 1989-1900 hampir 100,000 pendatang Cina masuk ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Selangor mengalami perubahan mendadak komposisi penduduk dan pada 1901, imigran dari China adalah 65 peratus daripada penduduk Selangor ketika itu (W.L.Blyte, 1953). Pada 1903, buruh Cina di lombong timah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berjumlah 186,377 orang. Angka ini meningkat kepada 231,368 pada 1907, sementara imigran China di sektor perladangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada 1909 berjumlah 5,348 orang.
Kebanyakan imigrin China berasal dari Kwantung, Pulau Hainan, Fukien dan Kwangsi. Sementara itu, pada 1906 imigran India yang kebanyakannya berasal dari India Selatan (Negapatam dan Madras) mencatatkan kira-kira 95,000 orang masuk ke Tanah Melayu. Pada 1908, dicatatkan 38,801 lagi imigran India masuk ke Tanah Melayu (Chan Hon Chan, The Development of British Malaya 1896-1909, 1967).
Apa yang disuarakan Stanley terbukti benar apabila orang Cina dan India menuntut hak kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli, iaitu satu kaedah pemberian kerakyatan secara longgar kepada orang bukan Melayu tanpa perlu mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Kaum Cina juga berhujah bahawa mereka adalah penyumbang utama cukai kepada kerajaan Inggeris di Tanah Melayu ketika itu.
Prinsip jus soli akhirnya ditolak kerana orang Melayu melihat kerakyatan yang terlalu longgar ini adalah sesuatu yang tidak munasabah. Misalnya, Umno Johor melihat kerumitan timbul apabila Kerajaan China ketika itu menetapkan seorang Cina mestilah menjadi rakyat China walau di mana mereka dilahirkan.
Akhirnya Perlembagaan yang dibentuk (1957) mengambil kira sejarah, warisan dan tradisi kaum Bumiputera. Justeru, beberapa keistimewaan diberikan kepada orang Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan. Keistimewaan itu dipersetujui bersama oleh kaum lain kerana ia tidak menjejaskan sama sekali taraf, hak dan aktiviti kaum bukan Melayu di negara ini.
Kesimpulannya, orang bukan Melayu harus kembali menghayati gagasan ‘tolak ansur’ yang dibina oleh pemimpin pelbagai kaum terdahulu. Tolak ansur sebagai satu gagasan sosial adalah pendekatan ampuh (mujarab) dalam membina perpaduan dan keharmonian hidup masyarakat majmuk di negara ini.
Sejak merdeka, kaum Melayu, Cina dan India berjaya membina semangat toleransi yang bermakna dalam pembinaan negara. Perjanjian murni (kontrak sosial) antara kaum Melayu, Cina dan India yang diterapkan dalam pembentukan Perlembagaan 1957 menggambarkan hakikat tolak ansur dan persefahaman antara kaum.
Ketua Unit Komunikasi Media di Jabatan Hal Ehwal Khas,
Jabatan Penerangan Malaysia.

Monday, December 22, 2008

MAMMA MIA - an evergreen memory...


Dancing Queen, I Have a Dream, Voulez-Vous, dan Take a Chance on Me.....antara lagu-lagu hits evergreen dari kumpulan pop terkenal Sweden era 70'an, ABBA. Nama kumpulan ini diasaskan dari huruf-huruf awal ahli-ahli kumpulan ini iaitu Agnetha, Björn, Benny, Anni-Frid.
Selain itu, satu lagi hasil seni kumpulan ini yang telah berjaya hingga ke hari ini iaitu lagu Mamma Mia telah berjaya mencetuskan satu lagi fenomena dunia dimana negara kita sendiri turut merasakan kehangatannya iaitu pementasan teater musikal MAMMA MIA! yang kini sedang ditayangkan di Istana Budaya.
Sejak diperkenalkan pada 1999, Mamma Mia! yang mencatat sebagai pementasan terlaris dalam sejarah muzikal London West End sudah menjelajah 25 negara, bahkan setiap malam persembahannya disaksikan lebih 18,000 penonton.
Penerbit International Tour Mamma Mia!, Nick Grace berkata, kekuatan pementasan yang sudah disaksikan lebih 30 juta penonton seluruh dunia itu didorong oleh persembahan temanya yang sejagat. “Paparan hubungan antara ibu dan anak yang mencari bapa kandung dengan mengundang tiga lelaki yang pernah bertakhta dalam hati ibunya pada hari perkahwinannya mendekatkan khalayak dengan pementasan ini. “Biar merentas pelbagai generasi dan era, hakikat yang tidak mungkin dinafikan adalah hubungan kasih sayang antara ibu dan anak tetap berkekalan sekali pun dirintangi pelbagai cabaran,” katanya. Diperkuatkan dengan barisan pelakon berpengalaman, bahkan kumpulan produksi yang sama sudah menjelajah bersama sejak empat tahun lalu justeru, kemantapan persembahan mereka di pentas tidak perlu diragui lagi.
“Kami cuma mahu berkongsi sebuah persembahan yang hebat dengan khalayak di negara ini. Mamma Mia! memenuhi segala elemen yang dicari dalam sebuah pementasan bermutu, diperkuatkan lagi dengan lagu klasik popular yang membuat penonton tidak senang duduk di kerusi mereka dan mahu menari bersama,” kata Nick lagi.
Malah, keterujaan khalayak tempatan untuk tidak melepaskan pementasan Mamma Mia! membuatkan penganjur menambah empat lagi persembahan iaitu pada 2, 3 dan 4 Januari depan.
Siapa yang mampu melupakan populariti lagu hebat Abba seperti Dancing Queen; I Have A Dream; Money, Money, Money; Honey, Honey, Knowing Me, Knowing You dan Thank You For The Music yang menjadi nadi serta penggerak penting pementasan ini?


PETIKAN ARTIKEL : Berita Harian

Thursday, December 18, 2008

PERINGATAN UNTUK DIRI AKU SENDIRI..



Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku". Setelah bersolat hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.
Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu, dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya.
Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.
Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu.. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.
Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai. Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal.
Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan.
Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu.
Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya. Mungkin orang lain.
Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama sebenar). Ustaz Halim menjawab betul.. Dia ada dirumahkah?
Tanya lelaki tua tersebut.Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya.
Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut, tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang.. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.
Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.
Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.
Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).
Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya maka tergantung-gantungl ah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"
Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.
Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati.
Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.
Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:
"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."
P.S. peringatan pada diri sendiri...

RAHMAT TUHAN..





Bila langit mula mendung..

Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir nie ye.."

Soalnya, kenapa hujan dikatakancuaca buruk? Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm nie
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan..!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan inibermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yangmenggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabilaangin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (kedaerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu,kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenisbuah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajarandaripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?

" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia.

Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yangmencurah-curah" (al-Qamar : 11)
Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga,Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ainlain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langitdengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi;Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya. " (Al-Mukminun: 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu,bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya,Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itusemua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; makadengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikankamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau)menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalahdikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia sertaberserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalaiakan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepas ni bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...

p.s ditujukan pada teman-teman yang berada di kawasan yang dilanda musim hujan.







The Muar River is a river which flows through the states of Negeri Sembilan and Johor in Malaysia. The river also flows through Muar town.

The river is bridged by two bridges in Muar town. The old bridge, Sultan Ismail Bridge, was built in 1967 to replace the ferry service. The Muar Second Bridge was completed in 2005. There are many minor bridges along the river in Pagoh and Negeri Sembilan.

One of the attractions of Muar River is Taman Tanjung Emas, Muar town's park, which is located at the estuary of Muar river. It is outlined by a picturesque esplanade overlooking the scenic river. The park also houses a 9-hole golf course, which is much visited during the weekends.
There are two Sultan Ibrahim Mosques along the Muar River. The older
mosque, which was built in 1927, has been a major landmark of the town for many years. The Sultan Ibrahim Jamek Mosque is situated in Muar town, on the southern bank of the Muar River. Its design incorporated many British influences due to its construction during the British colonial period. It has a prominent 4-storey minaret in its backyard. The newer Sultan Ibrahim Mosque 2, which is located at the northern bank of the Muar River in Tanjung Agas, is the latest icon of Muar town as well as the river. Completed in 2002, it is also the biggest mosque in town. The second mosque's design is similar to the earlier mosque. Both mosques offer a breathtaking scenery when viewed from the mouth of Muar River.
p.s. and this is the place, where i spend my pleasure time to take a break & release my
tension....!! and one more important thing that i think is very important for a single &
available guy like me is...u can find sooo many cute n attaractive Muar girl here..!!heheheee..

Perginya Permata Dunia Seni Negara



Salam takziah pada keluarga Allahyarham Nasir P Ramlee....!!!


Allahyarham merupakan anak hasil perkongsian hidup Allahyarham Tan Sri P Ramlee dengan isterinya yg pertama, Junaidah Daeng Haris. Allahyarham meninggal pada jam 5.10 petang semalam pada usia 55 tahun akibat dari komplikasi jantung dan kencing manis.


Allahyarham dilahirkan pada 22 November 1953 di Kota Singapura. Beliau yang mana bakat seninya dikesan oleh seorang pengarah tersohor di Studio Jalan Ampas, Allahyarham S. Kadarisman ketika berusia awal 20'an. semasa berkecimpung dalam arena seni, Allahyarham pernah berlakon didalam beberapa filem seperti Pancaindera, Harimau Berantai, Anak Bapak dan Bujang Lapuk Kembali Daa. Selain dari berlakon, dalam tahun 1983 hingga 1986, Allahyarham juga turut pernah menghasilkan lagu untuk beberapa buah filem seperti Bujang Lapuk Kembali Daa, Pagar-Pagar Cinta dan Manis-Manis Sayang. Allahyarham juga pernah bertugas sebagai music director di Istana budaya sejak tahun 2001.


Allahyarham turut meninggalkan 2 orang balu dan 7 orang anak, hasil perkongsian hidup bersam 3 orang isteri. Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.


Al-Fatihah.

Tuesday, December 2, 2008

salam kerinduan....

rindu...

pada keluarga tercinta..

pada sahabat-handai..

pada rakan-taulan..

pada teman-setia..


pada sang chenta hati yang masih belum ketemu...

Monday, December 1, 2008

salam perkenalan...


memohon salam perkenalan n salam perpaduan pada semua teman2, rakan2 & sahabat2 di serata tanah malaysia tercinta ini...ujang klasik mengharap kesudian dari semua untuk menerima diri ini seadanya..!!